SHAH ALAM: Kontroversi berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi hanya boleh dijawab oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau turut meragui Idrus akan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi (JKPK) bagi memberi penjelasan berhubung isu tersebut.dnaa
“Apa perkiraan Idrus untuk membuat keputusan tersebut, kita tidak akan tahu selama-lamanya sebab saya rasa Tan Sri Idrus Harun tidak akan muncul untuk menjelaskan.
“Beliau akan bersara dan menghilang selepas pencen nanti. Kalau beliau datang pun, mungkin akan beri jawapan standard. Jawapan (ikut standard) penjawat awam,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi Program Podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan bersama Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, pada Rabu.
Pada Ahad, Pengerusi JKPK, William Leong Jee Keen berkata, pihaknya mengundang Idrus dan Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk terlibat dalam mesyuarat jawatankuasa itu untuk memberi penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit pada sidang Dewan Rakyat, bulan depan.
Katanya, jemputan itu adalah bagi membolehkan jawatankuasa berkenaan membuat penelitian menyeluruh berhubung beberapa isu termasuk cadangan memisahkan peranan Pendakwa Raya daripada Pejabat Peguam Negara, selain isu berkaitan keputusan DNAA Ahmad Zahid.
Dalam pada itu, ujar Khairy Jamaluddin, selepas Perdana Menteri memberikan penjelasan berhubung isu tersebut di Dewan Rakyat pada Selasa, rakyat kini hanya boleh menuding jari kepada Idrus memandangkan beliau bertanggungjawab ke atas kes itu.
“Jawapan di Parlimen telah diberi, saya rasa tidak ada jawapan lagi yang Perdana Menteri boleh bagi sebab saya rasa beliau tidak akan perhalusi satu persatu hujah-hujah yang diterima oleh Peguam Negara sebab logiknya keputusan dibuat oleh Tan Sri Idrus.
“Saya tidak perlu ceritakan keputusan tersebut, ini memang hak dan kuasa dia sewaktu menjadi Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
“Maka habislah cerita dan saya tidak campur tangan, itu yang Perdana Menteri cakap,” ujarnya.
Jelasnya, jika dilihat secara umum, Perdana Menteri seolah-olah cuba menokhtahkan isu itu namun akhirnya, rakyat yang menentukan sama ada hendak menerima atau masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
“Apa yang penting adalah pertamanya, terserah kepada rakyat sama ada hendak percaya atau tidak.
“Kedua, segala-gala kontroversi berkaitan isu DNAA Ahmad Zahid ini adalah atas Tan Sri Idrus Harun sahaja, selagi beliau tidak cakap apa-apa kita tunding jari kepada beliau sahaja,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 21 2023
Khairy Jamaluddin ketika dalam Program Podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan bersama Shahril Sufian pada Rabu.
Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI
Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda.
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan yang dibuat adalah berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.
OKU dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong
Usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri di Melaka.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Ia satu usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital bagi memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Saya ragui Idrus akan hadir mesyuarat JKPK - KJ
"Beliau akan bersara dan menghilang selepas pencen nanti. Kalau beliau datang pun, mungkin akan beri jawapan standard."